Kuala Lumpur: Pengendali pusat data di negara ini perlu membayar kos bekalan elektrik berdasarkan harga pasaran dunia, selain menanggung bayaran kapasiti tenaga yang dipersetujui walaupun tidak digunakan sepenuhnya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keperluan elektrik bagi pusat data diasingkan daripada 27 hingga 28 sektor industri lain yang ditadbir urus Tenaga Nasional Berhad (TNB), bagi memastikan sektor berkenaan tidak menerima sebarang elemen subsidi.

"Setiap pusat data yang dibina dalam negara kita ini dia ada kehendak untuk mendapatkan elektrik ini (dan) diasingkan dengan 27, 28 industri yang ditadbir urus oleh TNB.

"Jadi kita mahu mengasingkan pusat data ini daripada industri lain, dia tidak ada elemen subsidi. Apa saja yang kita hasilkan tenaga untuk pusat data ini akan mengikut pasaran dunia," katanya dalam video di Parlimen yang dikongsikan di Facebooknya.