Johor Bahru: Wanita warga Indonesia didakwa `ghaib' serta mengabaikan bayinya yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dengan alasan tidak mampu menjelaskan bil hospital.
Pegawai Pembangunan Masyarakat Unit Pembangunan Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Rasilah Rashid berkata, bayi itu dilahirkan pada 19 Mei lalu sebelum dimasukkan ke hospital 11 Jun lalu akibat komplikasi kesihatan.
"Kami difahamkan, pada awalnya ibu bayi itu dapat dihubungi dan memaklumkan akan memberi penjagaan kepada anaknya.
"Namun wanita itu kemudian mendakwa gagal menjaga bayinya kerana tidak mampu membayar bil hospital.








