GEORGE TOWN : Larangan penggunaan aplikasi Waze dalam kalangan penjawat awam perlu diperjelaskan oleh kerajaan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan mengenai perkara itu pada masa depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, hal ini demikian kerana, penggunaan aplikasi itu sebelum ini memang banyak membantu serta menyenangkan kehidupan harian terutamanya ketika memandu kenderaan.

“Waze ialah satu aplikasi yang sudah membuktikan keberkesanannya. Tiba-tiba ia dilarang untuk digunakan. Jadi, rakyat atau pemandu tidak dapat menerima perkara ini dengan baik.

“Oleh itu, saya rasa, perlu ada satu penjelasan lanjut mengapa penggunaannya dilarang, mengapa ia tidak boleh digunakan lagi atau apakah ada alternatif lain yang lebih baik daripada itu.