Melaka: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari tidak memandang rendah calon lawan meskipun berdepan persaingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Beliau berkata, dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu memberi kelebihan buatnya berbanding calon lawan.
"Saya tidak pernah memandang rendah cabaran ini kerana kita tahu setiap parti dan gabungan ada kekuatan masing-masing.
"Tetapi saya sudah dua penggal di DUN Bukit Katil dan akan terus merayu kepada pengundi. Kita tahu walaupun ada tambahan 4,000 pengundi muda yang sudah pasti harus kita cakna.








