Kuala Lumpur: Pengerusi Kuala Lumpur (KL) City, Syed Yazid Syed Omar memberi jaminan pihaknya akan menyelesaikan kes sekatan pendaftaran pemain yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap kelab itu.
Skuad City Boys ketika ini mempunyai satu kes membabitkan tuntutan bunga atau faedah daripada bekas pemain import mereka, Patrick Reichelt yang hanya berjumlah kira-kira RM10,400.
Syed Yazid yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi kes tuntutan lain yang bakal menyusul selepas ini.
"Kes FIFA memang masih ada satu membabitkan tuntutan bunga atau faedah berjumlah RM10,000 lebih. Kami diberi masa 30 hari daripada tarikh yang dikenakan sekatan itu pada 15 Oktober, kami akan selesaikan dalam tempoh itu.








