Johor Bahru: Pembabitan buat julung kalinya syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, foodpanda Malaysia dalam Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.

Pengurus Kanan Operasi Rakan Penghantar foodpanda Malaysia, Amrishan Singh berkata, sambutan yang diterima daripada pengunjung setakat ini selepas hari pertama semalam amat memberangsangkan dan dijangka terus bertambah meriah sehingga esok.

"Kami menjangkakan kehadiran lebih ramai pengunjung bermula petang ini memandangkan orang ramai sudah mula bercuti sempena hujung minggu bersama keluarga.

"Peluang menyertai KJH ini amat bermakna buat kami kerana tidak pernah menyertai mana-mana karnival. Jadi ini pengalaman pertama yang amat dekat di hati rakyat kerana kami juga wujud kerana rakyat," katanya.