Petaling Jaya: Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai kemungkinan menjalin kerjasama pilihan raya lebih luas susulan pemeteraian perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) oleh 13 Ahli Parlimen pembangkang.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perjanjian itu hanya terpakai bagi penggal Parlimen semasa dan tidak membabitkan sebarang komitmen kerjasama politik atau pilihan raya pada masa depan.

"Tiada perbincangan mengenai perkara itu," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan Wartawan Yayasan CVSKL, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada CSA berkenaan boleh membuka laluan kepada kerjasama pilihan raya lebih luas antara PH dan BERSATU.