MUSCAT: Pihak berkuasa Oman berkata pihaknya menyelamatkan 25 anak kapal sebuah kapal dagang yang terbakar selepas diserang.

Pada masa sama, Iran melaporkan tiga kapal tangki minyak ditahan ketika melalui Selat Hormuz.

Tehran mengehadkan pergerakan maritim melalui selat itu sejak perang di Asia Barat tercetus pada 28 Februari lalu susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.

Laluan perairan strategik itu, yang lazimnya menjadi laluan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia, kini menjadi tumpuan konflik apabila kapal-kapal yang melaluinya kerap menjadi sasaran serangan Iran.