MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, meskipun parti itu mengumumkan untuk meletakkan calon di situ.

Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Bersatu.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Timbalan Pengerusi MIC Melaka, S. Nadarajah bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau berdepan tiga pencabar iaitu Pakatan Harapan (PH), Jegasilan Kungamboo; calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B. Laveen dan calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Laila Norinda Maon.