Pada Khamis, Bersatu umum Zamri Abu Bakar sebagai calon di Gadek.PETALING JAYA: Bersatu tidak meletakkan calon di Gadek walaupun sebelum ini umum bertanding di kawasan itu pada PRN Melaka.
Kerusi tersebut menyaksikan saingan empat penjuru melibatkan S Nadarajah daripada Barisan Nasional (BN), Jegasilan K (Pakatan Harapan), B Laveen (Bersama), dan Laila Norinda Maon (Putra).
Pada Khamis, Bersatu mengumumkan Zamri Abu Bakar sebagai calonnya bagi kerusi berkenaan.
Gadek merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu merangkumi 60%, diikuti pengundi Cina (20%) dan India (17%).






