Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa Ketua BN negeri Ab Rauf Yusoh turut menawarkan jawatan Adun lantikan kepada MCA selepas parti komponen BN itu membantah pembahagian kerusi pada peringkat awal. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa Barisan Nasional (BN) akan melantik wakil PAS sebagai Adun lantikan sekiranya kerjasama BN-Perikatan Nasional (PN) memenangi PRN Melaka pada 14 Nov ini.

Khoo, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berpendapat PAS tidak akan berpuas hati dengan hanya diperuntukkan dua kerusi dalam PRN Melaka, meskipun parti Islam itu memenangi kedua-duanya.

Beliau mendakwa Ketua BN negeri Ab Rauf Yusoh menggunakan jawatan Adun lantikan untuk membuat tawar-menawar, termasuk dengan MCA selepas parti itu membantah pembahagian kerusi pada peringkat awal, lapor Sin Chew.