Sungai Udang: Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang bakal menerima tawaran khusus yang memberi tumpuan kepada keperluan setempat menerusi aku janji yang akan dibentangkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin dalam masa terdekat.

Rais berkata, tawaran berkenaan akan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat di Sungai Udang dan diumumkan selepas manifesto parti itu dibentangkan.

"Insya-Allah, kita tunggu manifesto Barisan Nasional negeri dulu.

"Selepas itu, kita akan ada satu aku janji saya kepada rakyat Sungai Udang itu sendiri, jadi nantikan," katanya.