London: Penduduk United Kingdom digesa menyediakan bekalan makanan, air bersih dan barangan keperluan asas untuk sekurang-kurangnya tiga hari sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kecemasan termasuk serangan siber, cuaca ekstrem dan konflik ketenteraan.
Gesaan itu dibuat menerusi kempen nasional 'Be Ready' yang dilancarkan kerajaan Britain sebagai sebahagian daripada usaha tiga tahun meningkatkan kesiapsiagaan isi rumah menghadapi gangguan perkhidmatan harian dan ancaman keselamatan.
Menteri Pertahanan Wes Streeting berkata, penyediaan barangan keperluan harian seperti makanan dalam tin dan lampu suluh dapat membantu isi rumah menghadapi gangguan termasuk banjir, bekalan elektrik terputus dan paip air pecah.










