Kota Bharu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang giat mengenalpasti anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang tidak bersekolah termasuk kategori buta.
Pengarahnya, Siti Norina Muhamad berkata, usaha itu bagi memastikan anak-anak OKU turut mendapat akses pendidikan setara murid normal lain.
Katanya, ibu bapa tidak perlu merasa malu atau takut untuk menghantar anak OKU mereka ke sekolah.
"Ini kerana JPN Kelantan dan Kementerian Pendidikan (KPM) ada menyediakan pelan pendidikan dan kemudahan yang sesuai mengikut keperluan anak OKU ini.










