Shah Alam: Sebuah inisiatif anti-penipuan, 'Parcel Shield', yang diterajui oleh Postal Forum dilancarkan hari ini, dalam usaha kerajaan menangani ancaman penipuan berkaitan bungkusan serta meningkatkan perlindungan dan keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan pos dan kurier.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif ini diperkenalkan susulan peningkatan risiko penipuan yang mengeksploitasi kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan penghantaran di negara ini.
Menurutnya, ini termasuk penyamaran syarikat kurier, notifikasi penghantaran palsu, pautan pancingan data (phishing) dan penipuan pembayaran semasa penghantaran (COD).
"Parcel Shield yang diluncurkan hari ini akan dapat memberi perlindungan tambahan kepada pengguna daripada modus operandi atau cara scammer beroperasi dalam platform-platform e-dagang.










