Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail, berkata gabungan itu mahu mempromosikan penghormatan terhadap perbezaan pandangan sepanjang kempen PRN Melaka.HANG TUAH JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mengamalkan kempen secara aman bagi PRN Melaka mengambil iktibar kemenangan bukan diukur menerusi siapa paling lantang, sebaliknya siapa paling dipercayai.

Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan PRN itu sebagai 'pesta demokrasi', sambil menyatakan gabungan itu akan mempromosikan penghormatan terhadap perbezaan pandangan dalam politik.

Namun, beliau menegaskan PH menetapkan garis sempadan terhadap politik kebencian, retorik memecahbelahkan, dan sebarang percubaan untuk memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum dengan mengorbankan kaum lain.