Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan kemudian meninggalkan pusat penamaan calon DUN Lendu dengan proses berjalan penamaan calon diteruskan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan dilapor dihalang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasuki pusat penamaan calon DUN Lendu, Alor Gajah, kerana sudah melebihi kuota individu.
Menurut Utusan Malaysia, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berhasrat mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Abu Hakim Abdul Wahid untuk proses penamaan calon PRN Melaka.
Namun, petugas SPR menghalangnya memasuki pusat penamaan itu membawa pertikaman lidah antara mereka.
Memetik saksi yang enggan dikenali, berkata Mohamad mempersoalkan tindakan itu memandangkan beliau mempunyai pas SPR.







