Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan bermesyuarat semula selepas menerima pandangan AGC berhubung cadangan pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara.PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti kaedah pemilihan calon pendakwa raya susulan pengasingan kuasa itu daripada peguam negara.
Peguam Negara Dusuki Mokhtar, berkata ia berikutan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengasingan kuasa berkenaan sudah dibentangkan.
"RUU berkaitan cadangan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya sudah dibentangkan dan melalui proses sewajarnya termasuk di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
"Jika isu tentang calon, kita sedang meneliti satu peruntukan berkaitan dengan calon itu. Bagaimana kaedah-kaedah calon itu dipilih," katanya menurut Berita Harian, di Kota Bharu.







