Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh (tengah) lawat reruai pameran sempena Majlis Perasmian Program Madani Kita di Dewan Arena Perbadanan Labuan hari ini. (Gambar Bernama)LABUAN: Kerajaan persekutuan memperuntukkan hampir RM640 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 19 projek bekalan air di Labuan dengan sembilan projek bernilai kira-kira RM133 juta telah siap dan diserahkan pada Januari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, projek tersebut amat penting bagi meningkatkan kebolehpercayaan bekalan air di pulau itu, dengan hampir 90% air dirawat datang dari Loji Rawatan Air (LRA) Lawa Gadong di Sabah.