Kuala Lumpur: Penaung Kuala Lumpur (KL) City FC, Datuk Seri Fahmi Fadzil memberikan 'tugasan besar' buat skuad City Boys untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok lima pasukan terbaik.
Cabaran itu disuarakan Fahmi pada majlis makan malam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), malam tadi dengan skuad kendalian Datuk Dollah Salleh ketika ini berada di tangga ketujuh liga selepas mengharungi enam perlawanan.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan tugasan atau sasaran itu dilihat mampu dicapai sekiranya semua pihak termasuk pengurusan, barisan jurulatih dan pemain berkerja sebagai satu pasukan dengan komitmen tinggi.
"Kepada semua, saya doakan yang terbaik. Ada tugas besar untuk KL City. Saya mahu komitmen daripada pemain. Kita sudah bagi tugasan kepada Datuk Dollah, menetapkan sasaran.








