KUALA LUMPUR: Sebanyak 54,506 kes perceraian pasangan Islam didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.
Menurut data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang dikongsikan kepada BH, daripada jumlah itu, 44,603 kes sudah selesai, masih dalam prosiding (9,394) dan 509 dikategorikan sebagai kes arkib.
Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Abu Suffian Abu Yaziz, berkata kes yang dikategorikan sebagai selesai merangkumi perceraian melalui persetujuan bersama, keputusan selepas perbicaraan serta perceraian yang diperintahkan mahkamah.
"Bagaimanapun, tidak semua kes selesai bermakna pasangan sah bercerai kerana terdapat permohonan, termasuk fasakh yang ditolak mahkamah sekiranya alasan dikemukakan tiada asas dan bukti mencukupi menurut hukum syarak," katanya kepada BH.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=480&output=webp&q=85&we)