KUALA LUMPUR: Pasar Raja Bot di Chow Kit, di sini bertukar kecoh apabila lokasi yang menjadi tumpuan warga asing terutama dari Indonesia itu digempur kira-kira 200 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen.

Serbuan sempena Ops Mega Bersepadu itu bermula jam 9.40 pagi menyaksikan keseluruhan 512 individu diperiksa, dengan 181 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan.

Warga asing ditahan membabitkan 147 warga Indonesia, Bangladesh (20), Nepala (lima), India (tiga), seorang warga Pakistan dan empat dewasa serta seorang kanak-kanak daripada lain-lain kewarganegaraan.

Semua ditahan terdiri 136 lelaki dan 45 wanita berusia 10 hingga 55 tahun, dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.