KUALA LUMPUR: Sebanyak 224 kawasan panas dikenal pasti menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara, termasuk Pasar Chow Kit di sini, sentiasa berada dalam pemantauan Jabatan Imigresen.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli, berkata tiada lokasi di negara ini terkecuali daripada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan, malah serbuan boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya aktiviti menyalahi undang-undang dikesan.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan tidak terhad kepada lokasi belum pernah diserbu, sebaliknya operasi akan terus dijalankan berulang kali jika kegiatan membabitkan PATI masih berlaku.

"Tiada mana-mana lokasi bebas daripada tindakan serbuan walaupun tempat itu pernah diserbu sebelum ini.