Kuala Lumpur : Penerbit dan pelakon senior, Sharifah Shahora menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang memuat naik filem terbitannya, Pagari Bulan di YouTube.

Teguran ini dibuat oleh Shahora atau nama sebenarnya, Sharifah Shahora Syed Akil menerusi Threads miliknya.

"Semalam ada yang share link YouTube filem terbitan saya @elevenfieldcreative yang pernah disiarkan di TV sempena Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

"Filem tersebut dirakam daripada siaran TV dan dimuat naik tanpa kebenaran kami. Dah 3 minggu ada di YouTube. (Suka-suka kau kan). Selepas saya minta diturunkan, pemilik akaun dah turunkan.