PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya menegur tindakan sesetengah individu yang gemar mengasaknya dengan soalan berkaitan jodoh meskipun tidak terlalu akrab.

Menurut Farahdhiya, setiap individu seharusnya menjaga batas atau bersikap sensitif sebelum bertanya tentang perkara peribadi seseorang.

“Pendapat saya, kalau tidak kenal rapat, tidak perlu tiba-tiba secara spontan tanya soalan seperti ‘Kenapa tidak kahwin lagi?’, ‘tidak mahu kahwinkah?’, ‘Tiada orang mahukah?’. Sebab yang kenal rapat pun memang tidak akan tanya soalan seperti itu.

“Lagi satu, soalan ‘Takkan tiada orang nak?’ Biar betul? Takut kalau saya letak senarai orang yang pernah cuba saya, nama teman lelaki atau suami awak pun ada sekali,” katanya di Threads.