KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 8.25 tan beras disyaki diseludup dari negara jiran dan sebuah lori bernilai keseluruhan RM183,000 menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, di sini, jam 5 petang semalam.
Rampasan dijalankan Batalion 9 PGA dengan dibantu pihak Kawal Selia Padi dan Beras Kota Bharu di hadapan kedai di Binjai, turut menahan pemandu lori berusia 34 tahun.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata ketika melakukan rondaan, pihaknya mengesan kehadiran lori dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya sehingga ke Jalan Peringat, dekat Bachok.
"Kami kemudiannya menahan lori itu dan pemeriksaan menemukan 8.25 tan beras pelbagai gred super import bernilai RM33,000.









