KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sebuah kasino mini yang beroperasi di sebuah penthouse hotel dalam serbuan Op Tembok di Jalan Ampang, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata seramai 16 warga asing ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 pagi itu.
Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki warga China, masing-masing seorang wanita warga China dan lelaki warga Nepal, berusia antara 26 hingga 50 tahun.
"Siasatan mendapati penthouse berkenaan dijadikan kasino mini yang menawarkan permainan poker, dengan penyertaan diatur menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat.










