Kuala Lumpur: Polis menumpaskan kegiatan kasino mini yang beroperasi di sebuah 'penthouse' hotel dalam serbuan Op Tembok di Jalan Ampang, di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 16 warga asing ditahan dalam serbuan pada 1.50 pagi itu.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki warga China, masing-masing seorang wanita warga China dan lelaki warga Nepal berusia antara 26 hingga 50 tahun.

"Siasatan mendapati penthouse berkenaan dijadikan kasino mini yang menawarkan permainan poker, dengan penyertaan diatur menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat.