Petaling Jaya: Syarikat media yang berdepan masalah kewangan diminta memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Komunikasi lebih awal bagi membolehkan usaha membantu dilakukan dan mengelakkan pemberhentian kakitangan sewenang-wenangnya.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama sidang redaksi dan pengurusan tertinggi syarikat media terbabit bagi membincangkan masalah berkenaan.
"Ini satu keadaan yang agak memilukan dan saya akan menjemput sidang redaksi serta pasukan (syarikat terbabit) terutama pengurusan tertinggi untuk duduk berbincang.
"Saya ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mana-mana syarikat media yang berdepan dengan masalah ini, datang jumpa saya, kita akan teliti penyelesaiannya.









