Johor Bahru: "Kebelakangan ini saya banyak bergantung kepada mesin oksigen akibat masalah pernafasan, malangnya topeng 'Continuous Positive Airway Pressure' (CPAP) hampir rosak dan kos membeli peralatan baharu difahamkan mencecah ratusan ringgit," kata bekas jurukamera Media Prima Berhad, Idrus Rahmat, 55.
Idrus berkata, tahap kesihatannya semakin merosot selepas disahkan menghidap kanser hati tahap satu baru-baru ini, selain masalah jantung dan buah pinggang bocor.
Menurutnya, dia berulang alik ke Klinik Kesihatan (KK) Tampoi dua minggu sekali bagi menjalani pemeriksaan berkala.
Katanya, buat masa ini dia belum menjalani rawatan kemoterapi sebaliknya doktor menasihatinya untuk menjaga pemakanan.








