PETALING JAYA: Sebuah ‘penthouse’ di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan lokasi perjudian mini kasino diserbu polis menerusi Op Tembok, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, seramai 16 warga asing berusia antara 26 hingga 50 tahun ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki Nepal.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kediaman berkenaan dijadikan lokasi menjalankan perjudian mini kasino jenis permainan poker.