MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang merupakan dua kerusi tambahan MCA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan menjadi penanda aras kembalinya sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) terutamanya masyarakat Cina.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengakui, sukar untuk menembusi penguasaan Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua kerusi itu memandangkan DAP berjaya mempertahankannya dengan majoriti besar sejak beberapa penggal.
Beliau berkata, BN dan MCA berdepan cabaran besar untuk mendapatkan mandat khususnya masyarakat Cina yang mana kerusi itu pada awalnya diperuntukkan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk ditandingi.
“Kita sedar bahawa bukan mudah untuk menawan dua kubu kuat DAP. Namun, kita akan berusaha keras bagi mendapatkan mandat rakyat di kawasan itu.








