PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak yang tekun mencuci tong gas sebagai persiapan menyambut Deepavali tidak lama lagi mengundang perhatian dan mencuit hati orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @darlz_chandran, kanak-kanak itu dilihat bersungguh-sungguh menyental tong gas menggunakan span dan sabun sehingga dipenuhi buih.

Situasi tersebut menghiburkan netizen yang turut berseloroh mengenai tugas pembersihan yang perlu dilakukan menjelang musim perayaan.

“Janganlah mak aku nampak video ini. Tak lama nanti raya. Tahun lepas mak aku suruh aku bersihkan atas bumbung. Dengan puasanya, ah semput,” kata yang lain.