Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 8.25 tan beras disyaki diseludup dari negara jiran dan sebuah lori bernilai keseluruhan RM183,000, di sini, jam 5 petang semalam, menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Rampasan dijalankan Batalion 9 PGA dengan dibantu pihak Kawal Selia Padi dan Beras Kota Bharu di hadapan sebuah kedai di Binjai, turut menahan seorang pemandu lori berusia 34 tahun.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, terdahulu, ketika melakukan rondaan, pihaknya mengesan kehadiran sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya sehingga ke Jalan Peringat, dekat Bachok.

"Kami kemudiannya menahan lori itu dan pemeriksaan menemukan 8.25 tan beras pelbagai gred super import bernilai RM33,000.