Gua Musang: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 25 tan beras dipercayai diseludup dari Thailand di Jalan Bentong-Kota Bharu, dekat Paloh, di sini, malam kelmarin.
Rampasan dilakukan pasukan khas Komander Briged Tenggara menerusi Op Taring Wawasan selepas menahan sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada 11 malam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati kenderaan terbabit membawa muatan beras putih yang disyaki diseludup dari Thailand.
"Pemandu lori mengemukakan dua salinan invois bagi menerangkan sumber dan tujuan penghantaran beras berkenaan. Namun, terdapat keraguan terhadap maklumat lokasi penghantaran yang tercatat pada invois berkenaan.








