Geneva: Angka korban akibat perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di tengah Sepanyol meningkat kepada sekurang-kurangnya 68 orang pada Rabu, ketika Perdana Menteri Pedro Sanchez berikrar untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap nahas itu, lapor Anadolu Ajansi.

Bercakap di lokasi nahas di Urda, Toledo, Sanchez berkata pihak berkuasa akan mengenal pasti punca kemalangan itu dan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kesalahan, menurut laporan agensi berita Sepanyol, EFE.

"Kami akan menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Jika terdapat kecuaian, perkara itu akan didedahkan," katanya.

Sanchez mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara bermula 29 hingga 31 Okt, sambil berkata bahawa "tidak boleh diterima bagi sebuah negara seperti Sepanyol" untuk mengalami dua nahas kereta api berkelajuan tinggi dalam tempoh setahun.