RIYADH: Sebanyak 19 orang terbunuh manakala 364 lagi cedera dalam serangan kumpulan Houthi dari Yemen ke atas beberapa lapangan terbang di Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha.

Jumlah itu disahkan oleh jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi, Turki al-Maliki dalam sidang media yang disiarkan oleh stesen televisyen berita Saudi, Al Ekhbariya.

“Serangan Houthi ke atas Arab Saudi semakin meningkat sejak awal Oktober, susulan peningkatan ketegangan oleh kumpulan yang disokong Iran itu terhadap Arab Saudi sejak Julai.

“Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh menjadi sasaran 20 serangan Houthi sejak awal Oktober.