PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memulakan pelaksanaan pengebumian jenazah secara kubur bertingkat bagi jenazah tanpa waris di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kepong.
Inisiatif perintis itu dilaksanakan menerusi Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur bermula 27 Oktober lalu.
Jawi memaklumkan, pelaksanaan tersebut merupakan antara usaha mengoptimumkan penggunaan ruang tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur yang semakin terhad.
“Projek perintis ini turut mencatatkan satu pencapaian penting apabila terciptanya kaedah inovasi iaitu mesin takal penu









