Kuala Lumpur: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengkritik tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi ketika majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata tindakan itu boleh menimbulkan persepsi seolah-olah bantuan berkenaan adalah sumbangan parti yang bertanding, sedangkan ia dibiayai menggunakan hasil kerajaan.

Menurutnya, bantuan yang menggunakan dana kerajaan tidak sepatutnya diumumkan atau dipromosikan dalam acara kempen politik kerana berpotensi memberikan kelebihan kepada parti pemerintah.

"Hasil daripada penjualan nombor pendaftaran khas yang digunakan untuk membiayai bantuan ini adalah hasil kerajaan yang sewajarnya dimanfaatkan untuk kebajikan semua rakyat.