KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dikritik Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kerana umum bantuan khas kepada pemandu teksi ketika majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata pengumuman bantuan khas kewangan RM1,000itu boleh menimbulkan persepsi seolah-olah ia adalah sumbangan parti yang bertanding, sedangkan ia dibiayai menggunakan hasil kerajaan.
Menurutnya, bantuan yang menggunakan dana kerajaan tidak sepatutnya diumumkan atau dipromosikan dalam acara kempen politik kerana berpotensi memberikan kelebihan kepada parti pemerintah.
"Hasil daripada penjualan nombor pendaftaran khas yang digunakan untuk membiayai bantuan ini adalah hasil kerajaan yang sewajarnya dimanfaatkan untuk kebajikan semua rakyat.









