Mexico City: Sergio Perez melanjutkan kerjasama bersama Cadillac selepas menandatangani kontrak lanjutan yang menyaksikan pelumba Mexico itu kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) dari Amerika Syarikat berkenaan sehingga 2029.

Cadillac mengumumkan perkembangan itu semalam, sekali gus mengekalkan khidmat pelumba berusia 36 tahun itu untuk tempoh tiga tahun lagi.

Perez bakal meraikan penampilan Grand Prix ke-300 dalam kariernya pada perlumbaan di laman sendiri di Mexico City, hujung minggu ini.

Pemenang enam perlumbaan Grand Prix itu menyertai Cadillac sejak pasukan berkenaan membuat penampilan sulung dalam saingan F1 musim ini.