Pengerusi SPR Ramlan Harun, berkata 79 calon tersebut terdiri 65 lelaki dan 14 wanita, manakala calon tertua dan termuda diketengahkan PH. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seramai 79 calon bertanding pada PRN Melaka ke-16, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penyertaan calon kali ini berkurang berbanding PRN 2021, apabila 112 calon bertanding merebut 28 kerusi selepas Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN) bertembung di semua DUN.

Dalam kenyataan, Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata, PH meletakkan calon paling ramai iaitu 24, diikuti BN (23), Bersama (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), dan Putra (satu).

Tiga calon bebas turut bertanding pada pilihan raya berkenaan.