TANGGA BATU - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebaik sesi penamaan calon selesai di Stadium Hang Jebat di sini pada Sabtu.PH mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sementara PN meletakkan tokoh korporat, Rafie Ahmad manakala Abdul Rashid Abu Bakar mewakili Bersama.Pegawai Pengurus PRN Melaka DUN Paya Rumput, Safuan Effendy Mat Ghani mengumumkan calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi selepas dibuka jam 9 pagi tadi.Proses penamaan melibatkan ratusan penyokong yang berarak mengiringi calon masing-masing sebelum itu berlangsung dalam suasana tenang dan terkawal, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirKerusi DUN Paya Rumput menjadi tumpuan apabila penyandang DUN Paya Rumput dari Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yasin digugurkan bagi mengisi kerusi Sungai Udang yang disandang oleh PN.Pada PRN lalu, Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menang di kerusi Paya Rumput dengan majoriti 629 undi.Beliau berjaya menewaskan empat pencabarnya termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili Pakatan Harapan (PH), selain Muhammad Fariz Izwan Mazlan (PN), Mohd Jaini Dimon (Bebas) dan Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra).
PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput

Key takeaways
PRN Melaka DUN Paya Rumput menandakan tiga calon: PH (Azman Abidin), PN (Rafie Ahmad) dan Bersama (Abdul Rashid Abu Bakar).
- Penamaan calon selesai pada jam 10 pagi di Stadium Hang Jebat.
- Proses melibatkan ratusan penyokong dan berlangsung tenang.
- Tidak ada insiden tidak diingini semasa penamaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput (this story)
- Harian Metro PRN Melaka: Tiga penjuru rebut kerusi Sungai Udang








