Melaka: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan pertembungan pelbagai generasi apabila calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Mohamad Jaafar, 66, muncul calon tertua manakala calon DUN Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 24, calon termuda.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 79 calon bertanding pada pilihan raya kali ini sebaik proses penamaan calon di 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) selesai.
Katanya, seramai 24 calon mewakili PH, diikuti Barisan Nasional (BN) seramai 23 calon, 16 mewakili Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), tujuh dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), lima dari Perikatan Nasional (PN), seorang dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan tiga calon Bebas.









