SHAH ALAM - Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) muncul calon paling tua atau 'otai' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Mohamad yang berusia 66 tahun daripada Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam pertembungan tiga penjuru.Beliau akan bersaing dengan penyandang, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN) dan Muhammad Hazwan Mustafa dari Parti Bersama Malaysia (Bersama).ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputMengikut data dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah keseluruhan calon berusia 60 tahun ke atas yang mengambil bahagian dalam PRN kali ini ialah seramai lapang orang, 50-59 (22) dan 40-49 (33).Pada PRN Melaka lalu, Abdul Razak memenangi kerusi DUN Telok Mas selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dalam saingan empat penjuru dengan memperoleh 6,052 undi.Secara keseluruhan 79 calon sah mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini bagi merebut 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.SPR menetapkan hari pengundian awal pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.
PRN Melaka: Mohamad Jaafar calon paling 'otai'

Key takeaways
Kapten (B) Mohamad Jaafar, 66 tahun, calon paling tua dalam PRN Melaka, bersaing di Telok Mas bersama dua calon lain.
- Mohamad Jaafar berasal dari Parti Amanah dan mewakili Pakatan Harapan.
- Beliau bersaing dengan Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Muhammad Hazwan Mustafa (Bersama).
- Jumlah calon berusia 60 tahun ke atas dalam PRN ini ialah 50-59 (22) dan 40-49 (33).
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN MELAKA | 28 pusat penamaan calon dibuka 9 pagi
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Kesemua 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi ini
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka | Pemimpin utama parti turun padang iringi calon
- Sinar Harian PRN Melaka: Mohamad Jaafar calon paling 'otai' (this story)








