MERLIMAU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh mengakui masih terdapat kelemahan sepanjang tempoh perkhidmatannya, namun bertekad mendapatkan semula kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Beliau berkata, keutamaan bukan untuk mengejar kemenangan dengan majoriti besar, sebaliknya memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat dipertahankan menerusi rekod khidmat sepanjang hampir lima tahun sebagai wakil rakyat."Sejujurnya, saya tidak mengharapkan majoriti besar. Saya hanya mahukan kepercayaan orang ramai selepas empat tahun 11 bulan saya berkhidmat."Bagi saya, sama ada menang dengan majoriti besar atau tidak, itu bukan perkara utama. Apa yang lebih penting ialah amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui di Dewan Platinum Politeknik Merlimau selepas penamaan calon pada Sabtu.Mengulas persediaan menghadapi PRN kali ini, Akmal berkata, jentera parti daripada pelbagai gabungan dijangka memberi tumpuan kepada Melaka, justeru semua pihak perlu memastikan kempen berlangsung secara matang tanpa sebarang provokasi.Katanya, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjejaskan hubungan masyarakat memandangkan semua pihak merupakan anak Melaka.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputBeliau turut mengakui terdapat pelbagai kritikan dan propaganda yang dilemparkan terhadap dirinya menjelang pilihan raya, namun yakin pengundi mampu menilai prestasi serta perkhidmatan yang telah diberikan."Rakyat boleh menilai dengan baik apa yang telah kita lakukan dan apa yang ditawarkan oleh setiap calon."Saya tidak ada masalah berdepan dengan kritikan. Perkhidmatan saya menjadi tawaran kepada rakyat. Kalau mereka rasa tidak bagus, jangan undi saya. Tetapi kalau mereka berpuas hati, saya mohon diberikan kepercayaan sekali lagi," katanya.Dalam pada itu, Akmal menggesa semua parti politik supaya mengamalkan kempen berhemah dengan mengelakkan fitnah serta serangan peribadi.Menurutnya, tumpuan sepanjang tempoh berkempen tidak seharusnya terhad kepada persaingan mendapatkan undi, sebaliknya perlu menjurus kepada perancangan mentadbir negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.Beliau berkata, segala kritikan dan cabaran yang dihadapi merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai pemimpin dan pengalaman itu akan dijadikan ruang untuk memperbaiki kelemahan pada masa hadapan.Akmal diberi kepercayaan oleh BN mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada PRN 2021 dengan majoriti 3,248 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian dit
PRN Melaka: Akmal Saleh nekad pertahan Merlimau

Key takeaways
Datuk Dr Akmal Saleh bertekad mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada PRN Melaka dengan fokus kepada rekod khidmat dan kepercayaan rakyat, bukan mengejar majoriti besar. Beliau menekankan kempen yang matang tanpa provokasi.
- Akmal Saleh mengakui kelemahan perkhidmatan tetapi yakin dapat mempertahankan mandat rakyat.
- Beliau menyatakan kemenangan dengan majoriti besar bukan keutamaan utama.
- Jentera parti dijangka memberi tumpuan kepada Melaka untuk kempen yang matang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Rauf kekal di Tanjung Bidara, Akmal pertahan Merlimau
- Free Malaysia Today PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang
- Sinar Harian PRN Melaka: Akmal Saleh nekad pertahan Merlimau (this story)








