MASJID TANAH - Dianggap sebagai calon underdog, calon Pakatan Harapan (PH), Yunazri Mustamiri mengakui misi menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bukanlah sesuatu yang mudah, namun tidak mustahil untuk direalisasikan.Yunazri, 36, yang merupakan seorang jurutera itu berkata, meskipun berdepan cabaran besar menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua Menteri Melaka, beliau dan jentera kempen akan berusaha bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan pengundi.Menurutnya, persaingan di kerusi berkenaan masih seimbang dan beliau yakin peluang untuk menang tetap terbuka sekiranya semua pihak bekerja keras sepanjang tempoh berkempen."Di atas kertas, kita nampak macam agak sukar, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kami."Apa yang perlu dilakukan adalah berusaha bersungguh-sungguh dalam pilihan raya kali ini selain meraikan demokrasi di DUN Tanjung Bidara," katanya.Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon bagi DUN Tanjung Bidara di Dewan Datuk Kapt (B) Haji Ab Karim, JAPERUN Tanjung Bidara, pada Sabtu.Mengulas mengenai pencalonannya di kerusi berkenaan, Yunazri berkata, beliau pada awalnya tidak menyangka akan ditugaskan bertanding di Tanjung Bidara memandangkan persiapan awal jentera PH sebelum ini tertumpu di DUN Lendu.Katanya, beliau hanya dimaklumkan mengenai pertukaran kawasan bertanding itu kira-kira tiga hingga empat minggu lalu."Memang tidak sangka akan bertanding menentang BN, apatah lagi Ketua Menteri Melaka sendiri."Bagaimanapun, jentera saya masih bersama dan sokongan daripada Presiden PH serta pimpinan parti juga agak kuat untuk membantu kempen di Tanjung Bidara," katanya.Beliau yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya turut menegaskan tidak berasa gentar untuk berdepan Ab Rauf, sebaliknya menyerahkan soal kemenangan kepada ketentuan ALLAH selepas berusaha sebaik mungkin.Dalam pada itu, Yunazri berkata, strategi kempen PH akan lebih tertumpu kepada pendekatan berasaskan dasar tanpa kempen secara berlebihan, selaras dengan pesanan Presiden parti.Mengulas tawaran kepada pengundi sekiranya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau berkata, antara fokusnya adalah membawa dasar kerajaan Persekutuan ke peringkat negeri, termasuk inisiatif Kampung Digital.Selain itu, beliau turut berhasrat membuka peluang kepada anak tempatan untuk terlibat dalam sekurang-kurangnya 30 peratus projek pihak berkuasa tempatan (PBT), selain beberapa tawaran lain yang akan diperincikan dalam manifesto.Yunazri berkata, beliau melihat potensi sokongan pengundi muda di kawasan berkenaan, berdasarkan perkembangan sokongan terhadap calon muda pada pilihan raya lalu.Meskipun mengakui kawasan itu dijaga dengan baik oleh penyandangnya, beliau berkata, pengundi tetap mempunyai pilihan untuk menentukan calon dan dasar yang dirasakan paling sesuai.DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Ab Rauf, 65, selaku penyandang kerusi berkenaan dengan Yunazri.
PRN Melaka: 'Misi sukar tewaskan Ab Rauf tapi tidak mustahil' – Yunazri

Key takeaways
Yunazri Mustamiri, calon PH di DUN Tanjung Bidara, mengakui cabaran besar menentang ketua Menteri Ab Rauf Yusoh tetapi percaya kemenangan masih mungkin jika kempen dijalankan dengan tekun.
- Yunazri berusia 36 tahun dan merupakan jurutera.
- Dia menilai persaingan di kerusi Tanjung Bidara masih seimbang.
- Beliau yakin peluang menang terbuka jika semua pihak bekerja keras.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: PN yakin mampu tewaskan PH - Tuan Ibrahim
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf terus terajui Melaka jika BN menang PRN - Zahid
- Sinar Harian PRN Melaka: 'Misi sukar tewaskan Ab Rauf tapi tidak mustahil' – Yunazri (this story)








