KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 79 calon daripada pelbagai parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata, pengesahan itu sebaik proses penamaan calon di 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) selesai.
Beliau berkata, seramai 24 calon mewakili Pakatan Harapan (PH), diikuti Barisan Nasional (BN) seramai 23 calon, 16 mewakili Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), tujuh dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), lima dari Perikatan Nasional (PN), seorang dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan tiga calon Bebas.
Penyandang (2021): Datuk Rosli Abdullah (BN-UMNO) – Majoriti: 1,836 undi









