Timbalan Presiden Muda, Zaidel Baharuddin juga mencadangkan supaya jawatan datuk bandar Kuala Lumpur dipilih menerusi pilihan raya sebagai projek perintis demokrasi tempatan. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri bimbang kehilangan sumber kebergantungan sekiranya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih melalui pilihan raya, kata Timbalan Presiden Muda, Zaidel Baharuddin.

Beliau berkata bantahan terhadap pilihan raya kerajaan tempatan melibatkan parti politik di kedua-dua belah pihak dan tidak lagi terhad kepada Barisan Nasional (BN) sahaja.

Berucap dalam satu forum politik, Zaidel berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa percukaian yang terhad, manakala PBT menjana pendapatan melalui cukai taksiran harta, lesen dan fi lain.