SHAH ALAM - Nelayan pesisir pantai di sekitar Pelabuhan Klang bimbang mata pencarian mereka terjejas sekiranya risiko pencemaran laut susulan pemunggahan babi hidup di pelabuhan itu tidak ditangani segera.Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Selangor, Adnan Kamis berkata, kebimbangan itu timbul berikutan kemungkinan sisa daripada proses pemunggahan dan pembersihan kapal mengalir ke laut, sekali gus menimbulkan keraguan pengguna terhadap hasil tangkapan nelayan.Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja membimbangkan nelayan yang menangkap ikan, malah turut menimbulkan kebimbangan terhadap pengusaha ternakan kerang dan kupang di kawasan perairan berkenaan."Kita tak nak apabila perkara ini berlaku, ikan hasil tangkapan nelayan kami tidak laku kerana pembeli ikan berasa was-was hendak makan hasil laut dari kawasan ini."Ini akan menjejaskan pendapatan nelayan kerana laut adalah sumber mata pencarian kami," katanya semasa sidang media di sini pada Rabu.Terdahulu, Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Ir Izham Hashim menjelaskan, tiada pelanggaran syarat dikesan berhubung kemasukan babi hidup ke Selangor melalui Pelabuhan Klang setakat ini.Izham menjelaskan, kemasukan haiwan itu perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk prosedur ketat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dalam kenyataannya memaklumkan, pengimportan ternakan babi hidup dari Sarawak ke Selangor telah diluluskan sejak Julai 2025 dengan syarat ketat.Sinar Harian pada 20 Oktober lalu melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan kerajaan Selangor akan menyemak isu berkaitan kemasukan babi hidup dari negeri lain yang didakwa menggunakan negeri itu sebagai pintu masuk sebelum menentukan tindakan selanjutnya.Mengulas lanjut, Adnan mendakwa, proses pemunggahan babi hidup yang dipercayai dibawa dari Sarawak melalui Pelabuhan Klang berisiko menyebabkan sisa dan air basuhan daripada kapal mengalir ke laut.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Abd Rahman Kachil berkata, pihak berkuasa diminta menjalankan pemantauan ketat bagi mengelakkan perkara itu berlaku.Jelas beliau, kebimbangan itu turut melibatkan nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada waktu malam terutama di kawasan berhampiran pelabuhan.Menurutnya, bau daripada kapal yang membawa babi hidup juga didakwa dapat dihidu nelayan ketika menjalankan aktiviti di laut iaitu sekitar kira-kira 500 meter."Kami tidak mahu pencemaran berlaku di kawasan pantai kerana nelayan di sini bergantung kepada hasil laut untuk mencari rezeki," ujar beliau.Beliau berkata, persatuan itu menganggarkan terdapat lebih 800 nelayan tulen di sekitar Pelabuhan Klang yang berpotensi terkesan sekiranya kebimbangan itu tidak ditangani.Sehubungan itu, kerajaan negeri dan agensi berkaitan perlu memantau proses pemunggahan itu dengan lebih rapi, selain mempertimbangkan supaya aktiviti itu dihentikan sementara atau secara kekal.Abd Rahman berkata, pihakn
Isu kemasukan babi hidup: Nelayan bimbang laut tercemar, pendapatan terjejas

Key takeaways
Nelayan di sekitar Pelabuhan Klang bimbang pencemaran laut akibat kemasukan babi hidup akan menjejaskan pendapatan mereka. Pihak berkuasa menegaskan tiada pelanggaran syarat dan importasi telah diluluskan dengan prosedur ketat.
- Nelayan khuatir sisa pembersihan kapal mencemarkan laut dan menyebabkan hasil tangkapan tidak laku.
- Exco Selangor menyatakan tiada pelanggaran syarat dikesan dalam kemasukan babi hidup ke pelabuhan.
- Importasi babi hidup dari Sarawak ke Selangor diluluskan sejak Julai 2025 dengan syarat ketat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kemasukan babi hidup di Pelabuhan Klang patuhi syarat ketat
- Sinar Harian Isu kemasukan babi hidup: Nelayan bimbang laut tercemar, pendapatan terjejas (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F08%2F687cb5989d601109777978a59089fd7d.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

